Pakar Fisioterapi yang Anda Boleh Percayai
Komitmen kami adalah membantu anda kembali aktif tanpa rasa sakit, dengan pendekatan rawatan yang berasaskan bukti saintifik dan sentuhan profesional.
Pendekatan Rawatan 4-Langkah
Setiap langkah direka rapi untuk memastikan pemulihan anda berjalan lancar dan berkesan.
Konsultasi Awal
Kami dengar cerita anda — punca, sejarah, dan matlamat pemulihan.
Diagnosis Tepat
Pemeriksaan fizikal terperinci untuk cari punca sebenar masalah anda.
Rawatan Peribadi
Pelan rawatan disesuaikan khas untuk kondisi dan gaya hidup anda.
Aktif Semula
Kembali bergerak bebas dengan strategi pencegahan jangka panjang.
Sejarah Kami
Lebih 10 Tahun Membantu Rakyat Malaysia Bergerak Semula
Iswanah Fisioterapi ditubuhkan dengan satu matlamat utama: menyediakan rawatan pemulihan yang berkualiti tinggi dan mampu milik untuk semua. Bermula dari sebuah klinik kecil, kini kami telah berkembang ke pelbagai cawangan di seluruh Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Kami memahami bahawa setiap kesakitan adalah unik. Oleh itu, pendekatan kami bukan sekadar merawat simptom, tetapi mencari punca utama masalah fizikal anda melalui teknik diagnostik yang teliti dan rawatan manual (manual therapy) yang profesional.
Misi Kami
Memberikan perkhidmatan fisioterapi yang holistik dan profesional dengan menggunakan teknik terkini bagi memastikan pesakit kembali ke tahap fungsi fizikal yang optimum.
Visi Kami
Menjadi peneraju pusat fisioterapi pilihan utama di Malaysia yang dikenali kerana keberkesanan rawatan, integriti tinggi, dan empati.
Nilai Teras
Apa Yang Kami Pegang
Empati
Kami mendengar dan memahami setiap pesakit secara peribadi.
Profesional
Terapis bertauliah dengan pendidikan dan pengalaman luas.
Holistik
Rawatan menyeluruh - bukan sekadar simptom, tetapi punca.
Integriti
Kami jujur dengan diagnosis dan telus dengan harga.
Pendekatan Berbeza Untuk Hasil Yang Berbeza
Diagnosis Yang Tepat
Pemeriksaan menyeluruh sebelum sebarang rawatan dimulakan.
Rawatan Manual Therapy
Teknik tangan profesional yang berkesan tanpa ubat atau pembedahan.
Harga Mampu Milik
Kualiti rawatan premium dengan harga yang berpatutan untuk semua.
Lokasi Strategik
8+ cawangan di seluruh Lembah Klang dan Negeri Sembilan untuk kemudahan anda.
Pakar Kami
Barisan Terapis Profesional
Pasukan terapis bertauliah dan berpengalaman yang komited memberikan rawatan terbaik untuk anda.
Sumitha A/P Manimaran
Diploma in Physiotherapy (Hons), ICAN College
Jessica Brahim
Bachelor of Physiotherapy (Hons.), UiTM
Durga Kolandayappan
Bachelor of Physiotherapy (Hons), AMU
Hasanah Anwar
Diploma in Physiotherapy, ICAN College
Shobana Ulaganathan
Diploma in Physiotherapy, UOC
Puvaneswari K.
Diploma in Physiotherapy, Mahsa University
Aimi Adriana
Diploma in Physiotherapy from UniKL RCMP
Shareefa Shariff
Diploma in Physiotherapy, UCMI International
Ghaneshkumar Visunathan
Bachelor in Physiotherapy, MAHSA University
Tasnim Arif
Bachelor Degree of Physiotherapy, UiTM Puncak Alam
Leong Xui Teng
Bachelor of Science in Physical Therapy, Carleton University Taiwan
Kagendran A/L Tinakaran
Bachelor of Physiotherapy (Hons), MAHSA University
Javinder Kaur
Bachelor of Physiotherapy (Hons), MAHSA University